FORMAT KARANGAN


JENIS-JENIS KARANGAN BERFORMAT :
1.      Karangan Laporan.

2.      Karangan Berita.

3.      Karangan Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato.

4.      Karangan Wawancara/Dialog/Temuramah.

5.      Karangan surat kiriman rasmi/Surat kiriman tidak rasmi.

6.      Karangan Perbahasan.

*************************************************************************************

JENIS-JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT :
1.      Karangan Peribahasa/Cogan kata.

2.      Karangan Deskriptif/Cereka.

3.      Perbincangan/Pendapat/Ulasan/Fakta/Komentar.

*************************************************************************************
KARANGAN JENIS LAPORAN :
1.      Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar ataupun dilihat.
2.      Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
3.  Ketika membuat karangan berbentuk laporan, kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah ataupun logik.
4.   Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian ataupun lawatan ke sesuatu tempat.
5.   Bagi laporan mengenai aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawantankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli dan juga aktivti yang dijalankan sepanjang tahun. Pelapor mestilah berjawatan setiusaha.
6.      Bagi laporan mengenai lawatan pula, tulis perkara yang dilihat, dirasa dan juga dialami serta lawatan terhadap pembelajaran.
7.      Penulisan mengikut perkembangan peristiwa. Peristiwa yang mula-mula perlukan didahulukan.
8.      Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Format karangan laporan :
Tajuk Laporan :
-          Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya.
-          Tajuk hendaklah ditulis di tengah-tengah.
-          Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan Pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan Pelapor : Ditulis di sebeleh kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili.

**********************************************************************************

KARANGAN JENIS UCAPAN :

1.      Ucapan lazim disampaikan dalam majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian, perayaan tertentu dan sebagainya.
2.      Antara ucapan yang boleh disampaikan termasuklah :
a)      Ucapan dalam majlis perpisahan
b)      Ucapan dalam majlis meraikan seseorang.
c)      Ucapan dalam majlis perasmian
3.      Bahasa yang digunakan dalam ucapan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan juga mudah difahami.
4.      Kiasan, jenaka, pantun atau peribahasa yang sesuai boleh diselitkan dalam ucapan. Walau bagaimanapun ,janganlah berlebih-lebihan sehingga menjejaskan isi ucapan yang disampaikan.

Format karangan ucapan :
a)      Pendahuluan : Merupakan pembuka kata berupa ucapan selamat dan kata alu-aluan sebagai tanda hormat.

b)      Isi : Merupakan tujuan ucapan disampaikan.


c)      Kata-kata penghadapan : Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan. Antara kata-kata penghadapan yang boleh digunakan termasuklah ‘hadirin yang dimuliakan’, ‘hadirin sekalian’, dan juga ‘tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati’.

d)     Penutup : Merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan. Antara kata-kata yang boleh digunakan termasuklah ‘akhir kata’ dan ‘mengakhiri ucapan saya’. Ucapan hendaklah diakhiri dengan ucapan ‘sekian’, terima kasih’.

********************************************************************

KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI :

Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga ataupun sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara. Antaranya seperti :
-          Surat ucap takziah
-          Surat ucap tahniah
-          Surat untuk bertanya khabar
-          Surat untuk menceritakan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
-          Surat menceritakan mengenai pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru.
-          Surat untuk meminta kebenaran ibu/ bapa/ penjaga
-          Surat untuk membalas surat yang dihantar oleh orang lain

Tip-tip menulis surat kiriman tidak rasmi :
1.      Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. Jika hendak membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu, terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
2.      Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda, ibunda, bonda, kakanda, adinda, anakanda dan cucunda.
3.      Jangan gunakan ganti nama aku, awak ataupun kamu.
4.      Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan juga hasrat iaitu keinginan untuk  berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi :
1.      Nama dan alamat pengirim (kanan)
2.      Tarikh (kanan)
3.      Pembuka kata dan juga kata-kata pujian
4.      Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma).
5.      Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis.
6.      Perenggan ke-2
7.      Perenggan ke-3
8.      Penutup.
9.      Tandatangan pengirim (kanan)
10.  Perakuan diri (kanan).

*************************************************************************************

KARANGAN JENIS SURAT RASMI :
1.      Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita mengikut format yang betul seperti penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

2.      Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti dipatuhi.

Format Surat Kiriman Rasmi :
1.      Nama dan alamat pengirim (kiri)
2.      Tarikh (kiri)
3.      Pembuka kata dan juga kata-kata pujian
4.      Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma).
5.      Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis.
6.      Perenggan ke-2
7.      Perenggan ke-3
8.      Penutup.
9.      Tandatangan pengirim (kiri)
10.  Perakuan diri (kiri).

*************************************************************************************

FORMAT KARANGAN BERITA :
·         Karangan berita merupakan karangan berformat.

·         Nama tempat kejadian hendaklah ditulis di tepi sebelah kiri perenggan pertama menggunakan huruf besar diikuti tanda koma.

·         Selepas tanda koma. Ditulis pula hari diikuti tanda sempang (-) sebelum memulakan karangan berita

·         Isi karangan ini dapat ditulis berpandukan persoalan seperti :

-          Bila
-          Siapa
-          Apa
-          Di mana
-          Bagamaina

·         Contoh : TAIPING, Sabtu-

9 ulasan: