Langkah untuk menghasilkan karangan bahan rangsangan
v Jumlah Perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan .
(tulis di bahagian bawah sebelah kanan).
v Jumlah Perenggan- 5 atau 6 perenggan.
- 1 Perenggan:- Pendahuluan.
- 1 Perenggan:- Pendahuluan.
- 3 atau 4 Perenggan:- Isi/huraian
- 1 Perenggan:- Penutup.
v Jumlah isi- 3 atau 4 isi sahaja.
v Sintaksis- ringkas dan padat.
v Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan itu, Seterusnya, Kemuudian dan lain-lain.)
( Selain itu, Sehubungan itu, Seterusnya, Kemuudian dan lain-lain.)
v Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
v Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
Pembinaan karangan bahan rangsangan
Ø Cara membuat pendahuluan. (2 atau 3 ayat sahaja).
- Tema soalan
- Tema soalan
- Kehendak soalan
Ø Cara menulis isi karangan.
- Isi Utama + Huraian + Contoh
- Penanda wacana
Ø Cara penulisan penutup.
- Rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung
- Rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung
dalam dalam tajuk bahan rangsangan.
- Ungkapan menarik
Ciri-ciri karangan yang cemerlang (Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah).
- Ayat yang gramatis.
- Kosa kata yang luas dan tepat.
- Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
- Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
- Isi menepati kehendak soalan.
- Huraian isi matang dan berkembang.
- Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
SOALAN PMR 2009;
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dalam era pemodenan dan kecanggihan teknologi ini, masalah kesesakan jalan raya menjadi topik perbincangan orang ramai. Masalah ini harus dibendung dengan segera untuk mengekalkan kemakmuran negara.
Jabatan Pengangkutan Jalan Raya [JPJ] telah memainkan peranan yang sangat unggul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya kepentingan pengguna terpelihara.
Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya harus membaiki sistem lalu lintas dan menambah bilangan jalan raya. Hal ini merupakan langkah yang drastik untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
Pihak media massa harus memainkan peranannya untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan mengamalkan amalan berkongsi kereta supaya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Tuntasnya, semua pihak tidak harus menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak harus berganding bahu menggembleng seluruh tenaga untuk memerangi masalah tersebut supaya Malaysia kekal cemerlang, gemilang dan terbilang.
[120 patah perkataan]
tq..atas contoh karangan nie..sgt membantu...
BalasPadambukan karangan bahan rangsangan 200 hingga 250 ker?
BalasPadamttttqqqqqq......
BalasPadamtq..atas contoh karangan nie..sgt membantu...
BalasPadamSaya Suka Ini
BalasPadambest...terbaeeeekkk..!!!
BalasPadamTerima kasih.. Amat membantu kepada guru bukan opsyen yang baru mengajar subjek BM...
BalasPadamkarangan bahan rangsangan adalah karangan yang terhad dimana murid tidak boleh menulis lebih daripada 120 patah perkataan bagi PMR..
BalasPadamgila lah tengok cam sikit..tapi bila kira...
BalasPadamTerima kasih! Perkongsian karangan ini membantu saya! Bahan-bahan ini memang berguna.
BalasPadam