CONTOH KARANGAN UMUM


CONTOH KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI
Soalan : Pusat sumber sekolah anda kurang dikunjungi oleh pra pelajar walaupun mempunyai pelbagai pelbagai kemudahan.Tulis sepucuk surat kepada guru pusat sumber sekolahanda untuk mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasai masalah itu.

No.60,Jalan 14/1,
Taman Segar,
77300 Masjid Tanah,Melaka.
_________________________________________________________________________
Guru Pusat Sumber,
Sekolah Menengah Kebangsaan Hilir,
77300 Masjid Tanah,
MELAKA BANDARRAYA BERSEJARAH                                                    30 JUN 2008

Tuan,
Cadangan-Cadangan Bagi Mengatasi Kelemahan Pengurusan Di Pusat Sumber Sekolah
Saya merupakan pelajar Tingkatan Tiga Arif di sekolah ini. Belakangan ini saya perhatikan bahawa bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber semakin berkurangan walaupun mempunyai pelbagai kemudahan. Oleh itu,saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang saya fikirkan sesuai dan dapat menarik  perhatian pelajar-pelajar untuk mengunjungi pusat sumber.
2.         Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan para pelajar tidak berminat mengunjungi pusat sumber. Saya mencadangkan agar diadakan projek “Taman Dalam Pusat Sumber”. Bunga-bunga dan lukisan mural alam semula jadi pada dinding di dalam pusat sumber secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.
3.         Pustakawan pula hendaklah diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan pusat sumber dengan lancar. Pustakawan sekolah mendapati kurang cekap mengurus proses peminjaman dan pemulangan buku. Buku-buku juga diletak tidak mengikut label pada rak. Amat diharapkan agar kursus tersebut dapat menmantapkan sistem pengurusan di pusat sumber.
4.         Pusat Sumber mempunyai banyak kemudahan seperti penggunaan mesin fotostat tetapi tidak ada petugas yang mahir mengendalikan mesin tersebut. Sayamencadangkan agar pihak pengurusan mengenakan caj dan melantik petugas yang mahir untuk membantu para pelajar menggunakan mesin itu. Hasil kutipan yang diperoleh itu dapat digunakan untuk rujukan keceriaan pusat sumber atau menambah bilangan buku rujukan untuk para pelajar.
5.         Semoga cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber akan meningkat.
Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
Ramona Aini Rahim
(Ramona Aini Binti Rahim)




************************************************************************************************************* 

 CONTOH KARANGAN SYARAHAN
Soalan : Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “ Vandalisme dan Penyelesaiannya”.

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahterasaya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Vandalisme danPenyelesaiannya ”.
Para hadirin yang saya muliakan,
Tahukah anda, apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme? Menurut Kamus Dewan, vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang bermasalah. Antara contoh-contoh vandalisme ialah merosakkan pondok telefon, paip bomba serta menconteng dinding bangunan, tandas, lif, dan juga perhentian bas.
Para hadirin sekalian,
Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja. Hal ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak. Sebagai jalan keluar, mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka. Golongan remaja ini biasanya terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah, merokok, mencuri, melepak, dan ponteng sekolah.
Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga masyarakat. Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru. Orang ramai juga turut mengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan. Bagi mengatasi masalah ini, kerjasama semua pihak amatlah diperlukan. Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata. Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moral dan agama kepada mereka. Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan yang tidak berfaedah ini. Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga harta benda awam.


Hadirin yang dihormati,
Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen anti vandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah. Dengan kerjasama semua pihak, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung.
Hadirin sekalian,
Demikianlah syarahan saya untuk kali ini. Semoga perkara yang telah saya katakan dapat dijadikan pedoman. Sekian, terima kasih.


*************************************************************************************************************

CONTOH KARANGAN BERITA - BANJIR KILAT
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN Ahad - Hujan lebat yang melanda malam ini menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di negara ini. Kebanyakan rumah kediaman, sebahagian jalan-jalan utama di tenggelami air bah sedalam 2 ke 3 kaki ketika hujan lebat selama dua jam sahaja. Antara yang terjejas ialah beberapa buah rumah di Kampong Batu Ampar yang mengalami banjir.
Salah seorang penghuni Dayang Fatimah Mudim dari Kampong Batu Ampar ketika ditemui melahirkan rasa sedih setiap kali hujan turun dengan lebat, kerana ia akan menyebabkan air melimpah dan memasuki ke dalam rumahnya. Sudah banyak kali mereka terpaksa berjaga hingga larut malam untuk membersih dan menyelamatkan barangan rumah dari terus di basahi air bah.
Awang Haji Lamit Rakit yang rumahnya berada berdekatan, juga mengalami keadaan banjir apabila setiap kali hujan lebat. Beliau berharap pihak yang berkenaan akan dapat langkah-langkah perlu untuk membersihkan longkang yang ditumbuhi lalang. Ini kerana jika keadaan ini berterusan mereka terpaksa tidur dengan dibasahi air bah dan barang-barang rumah akan mengalami kerosakan.
Menurut mereka kejadian banjir ini adalah kali keenam melanda di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan antara punca banjir ini terjadi ialah keadaan perparitan yang tersumbat akibat ditumbuhi lalang di kawasan itu.



CONTOH KARANGAN LAPORAN
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Coklat Cadbury
Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, iaitu Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan SitiMuqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.
Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Sing Fei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak ditingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan bertanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.
Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, iaitu zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting, kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.
Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.
Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang iniamat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”.
Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.
Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjagadisiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Laporan disediakan oleh,                                                                                29 JUN 2008.
Amalina
(SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS)
Setiausaha Persatuan Geografi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.


 *************************************************************************************************************

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA (TEKNIK CERITA)
Soalan : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Haizam seorang anak yatim. Bapanya meninggal dunia semasa dia berusia 10 tahun. Ibunya, Puan Mina pula lumpuh sebahagian daripada tubuhnya akibat diserang angin ahmar kira-kira dua tahun yang lalu.Haizam mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Najwa Amira.Adiknya berumur sembilan tahun. Lantaran kemiskinan dia terpaksa berhenti sekolah semasa berada dalam tingkatan empat walaupun mendapat tentangan daripada ibunya.
Berbekalkan sedikit wang simpanan arwah ayahnya, dia mula berniaga secara kecil-kecilan. Pada mulanya dia menjual air di tepi jalan besar berdekatan dengan rumahnya tetapi kurang mendapat sambutan. Namun, dia tidak berputus asa. Dia mencuba pula menjual buah-buahan yang diambilnya daripada Pak Karim, seorang peraih buah di kampungnya. Malangnya keuntungan yang diperolehnya tidak setimpal dengan usaha yang telah dilakukannya.
Haizam sering termenung memikirkan masa depannya. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di di bandar yang terletak berhampiran dengan kampungnya. Dia kemudiannya diterima sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran yang terkenal di bandar itu. Oleh sebab kerajinannya, dia telah dinaikkan pangkat sebagai pelayan di restoran tersebut.
Kini, sudah hampir lima tahun dia bekerja di restoran itu. Dia begitu gembira bekerja di situ kerana majikannya seorang yang bertimbang rasa, pemurah dan tidak lokek berkongsi ilmu dengannya. Dia juga telah belajar memasak masakan Timur dan juga Barat daripada chef masakan di situ. Banyak pengalaman yang ditimbanya semasa bekerja di situ. Bagi menjamin masa depannya, pada setiap bulan dia akan menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diterimanya ke dalam bank. Dia juga bercita-cita untuk memiliki restorannya sendiri suatu hari nanti.
Berbekalkan pengalaman dan juga wang simpanan yang dia miliki, dia telah mengusahakan sebuah gerai makanan menjual lauk-pauk secara kecil-kecilan. Oleh sebab makanan yang disediakan begitu sedap sekali, gerainya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan. Dari sebuah gerai yang kecil, dia telah menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan restoran. Akhirnya, perniagaannya telah berkembang maju dan dia telah membuka beberapa cawangan di sekitar bandar tersebut.
Bak kata pepatah Melayu ’Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Begitulah apa yang berlaku dalam kehidupan Haizam, daripada seorang pemuda yang tiada berharta, kini mempunyai kemewahan yang dicapainya melalui usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa.
( 300 patah perkataan )



*************************************************************************************************************

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA (TEKNIK HURAIAN)
Soalan : Peribahasa ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ menasihati kita supaya sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu tujuan. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa itu.

‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Ungkapan peribahasa ini selalu diucapkan oleh masyarakat Melayu ketika merancang sesuatu usaha. Peribahasa ini bermaksud bahawa kalau seseorang itu mempunyai impian, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Jika diteliti pada maksud peribahasa ini, pengertiannya amat mendalam sekali. Seseorang itu diberi keyakinan bahawa cita-citanya akan dapat dicapai melalui usaha yang gigih. Justeru, seseorang itu mestilah berani menempuh sebarang cabaran dan halangan sebelum menikmati sesuatu hasil.
            Sehubungan dengan itu, jika seseorang yang bercita-cita untuk menjadi doktor tidak akan dapat mencapai cita-citanya jika dia tidak belajar dengan tekun. Cita-citanya ini akan menjadi seperti angan-angan Mat Jenin. Oleh yang demikian, usaha itu adalah penting bagi mencapai cita-cita tersebut persis kata mutiara ‘Usaha itu tangga kejayaan’.
Ada kalanya juga peribahasa ini diucapkan sebagai suatu sindiran. Sindiran ini bertujuan menyedarkan seseorang itu tanpa menyakitkan hatinya. Seseorang yang memahami maksud peribahasa ini akan segera menyedari kesilapan dirinya dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan dirinya.
Selain peribahasa ini, terdapat beberapa lagi peribahasa lain yang mempunyai pengertian yang sama juga. Tamsilnya, peribahasa ‘Hati hendak, semua jadi’, ‘Kalau hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih’ dan ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.
Konklusinya, setiap individu mestilah berusaha untuk memperoleh apa yang mereka hajati. Kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja. Hal ini berlaku demikian kerana tanpa usaha ibarat mengharapkan buah yang takkan gugur untuk selama-lamanya.
( 225 patah perkataan )

12 ulasan:

  1. tq saya telah membuat karangan umum ini sebagai rujukan

    BalasPadam
  2. ade tak karangan surat kiriman tidak rasmi

    BalasPadam
  3. Bolehkah anda membuat Karangan Surat Rasmi (Kemudahan Awam Sering Dirosakkan) ?

    BalasPadam
  4. Sangat Membantu Terima Kasih😁

    BalasPadam
  5. Sangat Membantu Terima Kasih😁

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Sangat membantu para pelajar seperti saya

    BalasPadam
  8. Babi xreti buat karangan ke natang
    Fak u suck my cock

    BalasPadam